Jambatan Pulau Pinang Sesak Teruk Akibat Kemalangan

822
0
SHARE

BUTTERWORTH: Kemalangan di Jambatan Pulau Pinang ke arah tanah besar telah menyebabkan kesesakan lalu lintas yang panjang di kedua-dua arah.

Trafik bergerak perlahan dari pulau sehingga tempat kemalangan itu yang berlaku dekat dengan tengah jambatan.

Pengguna jambatan dari arah bertentangan yang ingin tahu mengenai punca kesesakan juga memperlahankan kenderaan, menyebabkan aliran lalu lintas turut menjadi perlahan di kedua-dua arah.

Ambulans dilihat berada di tempat kejadian di mana kemalangan itu melibatkan Perodua Alza yang cerminnya pecah berkecai.

Radio trafik juga melaporkan bahawa seorang penunggang motosikal turut terbabit dalam kemalangan itu, yang dipercayai berlaku kira-kira jam 1 tengah hari.