Jamal Yunos, Rohingya Berarak Ke Kedutaan Myanmar

19
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Kira-kira 150 etnik Rohingya berkumpul di hadapan Bangunan Tabung Haji sebelum berarak ke Kedutaan Myanmar Kuala Lumpur.

Walaupun hujan lebat mencurah; kumpulan itu tetap bersemangat melaungkan “Bebas Rohingya”, “Hidup Rohingya” dan “Hidup Islam”.

Mereka turur membawa plakad bertulis “Kerajaan Myanmar zalim terhadap Rohingya” dan “Kembalikan Rohingya di Myanmar”.

Selain itu mereka turut membawa plakad berlatar belakang gambar pemimpin Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos yang bertulis “Stop Killing Rohingya”.

Hadir sama adalah Jamal dan Exco Pemuda Umno Datuk Armand Md Azha Hanafiah. – MK

SHARE
Previous articleBapa Durjana Meringkuk 48 Tahun
Next articleLupakan Sengketa Demi UMNO, BN