Jaga Kesihatan, Elak Berada Diluar – Najib

132
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menasihatkan orang ramai supaya menjaga kesihatan dan mengurangkan aktiviti luar ekoran jerebu.

“Saya di sekitar KLCC pagi tadi. Nampak keadaan jerebu meningkat, harap semua jaga kesihatan dan elak berada di luar,” katanya dalam akaun Twitter dan Facebook beliau.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, Kuala Lumpur mencatatkan peningkatan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 114 pada jam 5 petang tadi berbanding 92 pada tengah hari.

Secara keseluruhan, jumlah kawasan mencatat pertambahan bacaan IPU tidak sihat pada petang ini meningkat kepada 14 kawasan berbanding hanya enam tengah hari tadi.

Laman sesawang jabatan itu turut merekodkan bacaan IPU tertinggi di Samarahan (184), Sri Aman (177) di Sarawak dan Nilai (135) di Negeri Sembilan.