Isu Pembahagian Kerusi Ahli Majlis Selesai – Azmin

63
0
SHARE

SUBANG JAYA: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memaklumkan isu pelantikan ahli majlis selesai sepenuhnya dan pihaknya gembira semua pihak menerima formula diputuskan sebelum ini.

Beliau berkata, penelitian sudah dibuat di pihak Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), perbincangan diadakan katanya berjalan dengan baik dan lancar.

“Saya gembira semua pihak menerima hakikat ini dan kita sudah membuat keputusan. Ini bukan soal kuasa… bukan soal jumlah kerusi…, tapi tanggungjawab besar semua yang berkaitan kepada pembayar cukai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas mengadakan lawatan ke Kampung Bukit Lanchong, pagi tadi.

Ketika ditanya sama ada wujud ruangan perbincangan berikutan Parti Amanah Negara (Amanah) mahukan kerusi lebih, beliau menjawab perbincangan sudah dilakukan dan pihaknya sudah membuat keputusan.

Katanya, apa yang perlu difokuskan adalah tanggungjawab yang dilantik untuk ‘delivery’ kepada rakyat. – SINAR