Isu 1MDB: Tak Ada Keperluan Panggil Najib – PAC

136
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menegaskan bahawa pihaknya tidak akan memanggil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk prosidingnya mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pengerusinya Datuk Hasan Arifin berkata PAC melihat sebagai ‘tidak ada keperluan’ untuk memanggil beliau.

“Tak ada keperluan…,” jawabnya ringkas ketika ditanya mengenai perkara itu pada sidang media selepas mengadakan mesyuarat pertamanya selepas mengambil alih jawatan pengerusi PAC daripada Datuk Nur Jazlan Mohamed.