Ismail Sabri Puji Pengishtiharaan Mat Taib Memasuki UMNO

59
0
SHARE

Oleh: Fadhil Daud

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi (AMT) UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri berkata kemasukan semula Mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Taib adalah petanda positif menandakan bahawa hanya parti UMNO sahaja yang mampu memperjuangkan dan membanggunkan nasib rakyat.

Beliau percaya dengan pengishtiharaan itu, sedikit sebanyak akan membuka mata rakyat yang selama ini merasakan bahawa ada parti alternatif Melayu selain UMNO yang lebih murni matlamat dan perjuangannya.

“Kembalinya Tan Sri Mat Taib ini kerana beliau menyedari bahawa perjuangan beliau di dalam pembangkang (PKR) adalah perjuangan yang sia-sia.

“Pejuangan mereka langsung tidak mempunyai agenda memperjuangkan orang Melayu dan umat Islam.

“Saya harap dengan kembalinya Mat Taib ini akan membuka mata terutamanya orang Melayu yang selama ini menganggap ada parti alternatif lain yang lebih tepat perjuangannya selain UMNO,” katanya ketika ditemui.

Ismail berharap akan ada lebih ramai lagi ahli yang akan menyokong dengan menyertai UMNO dan meninggalkan parti yang mempunyai perjuangan yang sia-sia.

“Saya percaya ramai lagi yang akan sedar tentang perjuangan yang sia-sia bila mana berada di dalam parti pembangkang,” ujarnya.

Mengulas tentang dua serikandi parti Bersatu yang keluar parti iaitu Naib Presiden PPBM, Datuk Hamidan Osman dan Ketua Srikandi PPBM, Anina Saadudin beliau menjawab perkara itu merupakan langkah yang terbaik dan seharusnya.