ISIS Sasar Pemimpin Negara – Hishammuddin

253
0
SHARE

KLUANG: Kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) telah menyenaraikan beberapa pemimpin Malaysia dalam senarai sasaran mereka kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Katanya, beliau telah menerima laporan mengenai bagaimana kumpulan pengganas menyasarkan beberapa tokoh terkenal di negara ini.

“Saya mengesahkan bahawa ISIS mahu menyasarkan pemimpin kita termasuk saya sendiri tetapi ia tidak akan menakutkan kita atau menghalang kita daripada memerangi keganasan, bukan sahaja di negara ini tetapi juga di rantau ini.

“Maklumat atau ancaman daripada ISIS telah dibuat sebelum mesyuarat bersama Menteri-Menteri Pertahanan Asean yang diadakan di Langkawi pada Mac di mana semua 10 negara bersetuju untuk berusaha bersama dalam memerangi keganasan,” katanya.

Hishammuddin berkata demikian kepada pemberita selepas majlis sambutan Deepavali yang di Taman Sri Lambak di sini.

SHARE
Previous articleDakwaan Salah Guna Dana, Jamil Khir Bersedia Saman NOW
Next articleZahid Jamin Polis Berusaha Pastikan Insiden Paris Tidak Berlaku Di Malaysia