Intipati Belanjawan 2016 Negeri Selangor

183
0
SHARE

 Kedudukan Kewangan Semasa dan Belanjawan 2016

  1. Belanjawan Negeri Selangor pada tahun ini bertemakan “Membangun Smart Selangor Yang Peduli” berhasrat untuk melakukan anjakan paradigma bagi menggalakkan knowledge economy dengan smart infrastructure, melahirkan smart people dan mewujudkan smart government.
  2. Belanjawan 2016 berjumlah RM 2.88 bilion dengan 50 peratus diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dan 50 peratus untuk belanja pembangunan. Berbanding Belanjawan Persekutuan yang dibentang 80 peratus adalah belanja mengurus.
  3. Kedudukan belanjawan sehingga 30 September 2015 adalah surplus sebanyak RM552.58 juta dan dijangka kekal sebagai belanjawan surplus apabila akaun ditutup pada hujung tahun ini.
  4. Hasil negeri yang dianggarkan pada tahun 2015 berjumlah RM 1.97 bilion telah melonjak kepada RM 2.05 bilion berbanding perbelanjaan sebenar RM 1.50 bilion sehingga 30 September 2015.
  5. Rizab negeri yang terdiri daripada wang tunai dan pelaburan pada 30 September 2015 berjumlah RM 3.58 bilion berbanding RM 3.2 bilion pada 31 Disember 2014. Peningkatan rizab melebihi 12 peratus.
  6. Peruntukan mengurus termasuk RM 396.3 juta – Emolumen, RM 503.9 juta – Perkhidmatan dan Bekalan, RM 25.7 juta – Pembelian Aset, RM 441.7 juta – Perbelanjaan Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap dan RM 72.4 juta – Perbelanjaan Lain.
  7. Peruntukan pembangunan termasuk RM 1.07 bilion – projek infrastruktur jalan, parit dan saliran, pembangunan loji rawatan air baharu serta pengambilan balik tanah; RM208.07 juta – pembangunan sosial; RM150.9 juta – pembangunan ekonomi; dan RM10 juta – pembangunan perbandaran.

Disiplin fiskal dan pengurusan kewangan berhemah

  1. Pentadbiran Shah Alam mempertahankan disiplin fiskal dan mengamalkan pengurusan kewangan berhemah dengan memelihara tiga cabang utama prinsip kebertanggungjawaban: Ex ante accountability (memadankan keutamaan dasar dengan keperluan peruntukan belanjawan), concurrent accountability (pemantauan ke atas proses perlaksanaan belanjawan) dan ex post accountability (Dewan Negeri

memastikan eksekutif melaksanakan belanjawan dengan berhemat dan pencapaian yang produktif).

  1. Kerajaan Negeri akan mengkaji kaedah mewujudkan Unit Khas Penyampaian Perkhidmatan untuk menilai pencapaian dan dampak langsung kepada rakyat.

Senario ekonomi

  1. Penyusutan nilai ringgit ditambah dengan kemerosotan komoditi utama negara, menyesakkan lagi ekonomi Malaysia. Kegawatan pasaran saham dan penurunan nilai Yuan menunjukkan ekonomi China signifikan kepada prestasi ekonomi dunia.
  2. Negara sedang bergelut dengan krisis politik dan kegawatan ekonomi berpunca daripada skandal kewangan 1MDB dengan skala yang tidak pernah dialami.Strategi Belanjawan 2016
  3. Belanjawan 2016 merupakan perancangan awal menuju Smart State dalam tempoh 3 tahun untuk menjana pembangunan dinamik dan organik melalui lima strategi :
  4. Menerajui Gagasan Smart Selangor.
  5. Menjana Sumber Pendapatan Secara Strategik.

iii. Mempertingkat Pembangunan Berkualiti dan Inisiatif Peduli.

  1. Memperkukuh Kualiti Pendidikan dan Latihan.
  2. Membangun Kapasiti Wanita, Generasi Y dan Ekonomi Kreatif.

Strategi pertama : Menerajui Gagasan Smart Selangor

  1. Pembentukan Majlis Perundingan Smart Selangor dan menyediakan roadmap atau blueprint Selangor sebagai Smart State dengan peruntukan sejumlah RM 10 juta bagi tempoh 3 tahun.
  2. WiFi Smart Selangor dijangka memberi kesan positif kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana; mengurangkan pemisahan digital bandar – luar bandar; meningkatkan connectivity di kalangan rakyat; membina masyarakat bermaklumat; dan membolehkan peniaga IKS menjual produk mereka secara di atas talian (online shopping).
  3. Penubuhan Selangor Information Technology and E-Commerce Centre (SITEC) dengan kos RM 3.8 juta untuk mengangkat Selangor sebagai hub perdagangan serantau untuk e-dagang dan menyediakan persekitaran kondusif bagi syarikat startup.

Strategi kedua : Menjana sumber pendapatan secara strategik

  1. Program pemuliharaan Sungai Klang telah bermula pada 2015 dengan peruntukan RM9 juta dengan kerja-kerja:
  2. Membersih dan mengutip sampah di dalam dan di tebing sungai;
  3. Membina logboom di muara Bandar Klang di samping membaiki yang sedia ada;

iii. Membeli trash skimmer untuk mengutip sampah di permukaan sungai; dan

  1. Memasang waste trap di 48 kunci air di aliran masuk Sungai Klang untuk mencegah sampah terus mengalir ke dalam sungai.
  2. Kajian komprehensif pembangunan Sungai Klang dengan peruntukan RM 15 juta dibiayai secara bersama oleh MPAJ, MBPJ, MPSJ, MBSA dan MPK.
  3. Pembangunan semula bandar mewujudkan peluang pekerjaan, meningkatkan kualiti hidup, kemudahan, infrastruktur, pengurusan aset serta menjana pendapatan negeri.
  4. Selangor aktif mempromosi Industrial Park dengan ciri-ciri Managed Industrial Park, Gated and Guarded, mengekalkan alam sekitar (paya bakau) serta asrama pekerja yang selesa di dalam bidang pemprosesan makanan, pasaran eksport dan industri berkaitan.
  5. Selangor Bio Bay berpusat di Pulau Indah berkeluasan 1,070 ekar dan akan menarik pelaburan dalam industri perubatan dan sains hayat.
  6. Selgate Corporation akan meneroka bidang perubatan dan kesihatan dengan membangunkan 3 buah hospital di Gombak, Shah Alam dan Setia Alam dengan kos RM 300 juta.

Strategi ketiga : Mempertingkat pembangunan berkualiti dan inisiatif peduli

  1. Kerajaan Negeri akan memastikan kecukupan bekalan air terawat kepada pengguna melalui Projek Mitigasi 2, pembangunan Loji Langat 2, membaik pulih Loji Rawatan Air Sungai Langat, menyalurkan air mentah Sungai Semantan ke Sungai Langat,

pengepaman kolam-kolam takungan dan kajian terperinci “Water Resources, Supply, Demand And Distribution Study For Selangor”. Loji rawatan sumber air baru telah dikenalpasti untuk dibangunkan dengan kos bernilai RM778 juta iaitu:

  1. Loji Rawatan Air Labohan Dagang, Kuala Langat membekalkan air
  2. Loji Rawatan Air Semenyih 2, Jenderam Hilir dengan kapasiti 100 JLH.
  3. Kerajaan Negeri akan meneruskan program air percuma yang menelan belanja RM1.06 bilion sejak diperkenalkan pada Jun 2008.
  4. Hasrat Kerajaan Negeri membina 15,000 unit rumah mampu milik telah mendapat penyertaan yang aktif dari Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan pemaju swasta. Sehingga kini, 15 pemaju bersedia membina sejumlah 20,568 unit rumah mampu milik dan dijangka siap pada tahun 2018.
  5. Kerajaan Negeri menyediakan Skim Khas pembiayaan rumah melalui usahasama dengan institusi perbankan dengan meletakkan cagaran RM20 juta.
  6. Skim DanaSel dengan peruntukan RM 10 juta bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah memiliki rumah melalui kaedah Sewa-dan-Milik.
  7. Bagi 2016, sejumlah RM 373 juta diperuntukkan kepada JKR Negeri Selangor bagi pembangunan projek infrastruktur dan kemudahan awam. Ia adalah peningkatan sebanyak RM 53 juta berbanding peruntukan tahun 2015. perhubungan jalanraya agar rakyat menikmati kemudahan aksesibiliti, mengurangkan kesesakan dan menyediakan jalan alternatif.
  8. Bagi tahun 2016, Kerajaan Negeri mencadangkan untuk menambah peruntukan pembangunan JPS kepada RM 80 juta. Ini merupakan peningkatan sebanyak 70.21 peratus. projek yang akan dilaksanakan adalah untuk menangani masalah banjir di Johan Setia, Telok Gadong, Pandamaran dan Kapar. Selain itu, penambahbaikan sistem saliran di Kampung Melayu Sungai Buloh dan Kampung Tasik Permai, Hulu Langat.
  9. Revolusi pembangunan uar bandar peruntukan RM 40.48 juta meliputi RM 10 juta – kerja-kerja naiktaraf jalan kampung, RM 5 juta – membaikpulih dan membina balairaya serta jambatan, RM 5.65 juta – program pembangunan ekonomi nelayan, petani dan penternak dan RM 5 juta – pembangunan kampung baru.
  10. Penyediaan kajian Pelan Induk Pengangkutan Awam untuk meneliti dan merangka aspek sistem pengangkutan awam sedia ada, sistem jaringan jalan raya untuk membantu sistem penyuraian dengan kos RM 990,000.
  11. Akan memperluaskan perkhidmatan Bas ‘Smart Selangor’ di MPAJ dan MPKj dengan tambahan peruntukan sejumlah RM 10 juta.
  12. Pengurusan sisa pepejal akan menjamin pemilihan kontraktor menggunakan tender terbuka dan menolak monopoli; memastikan kesaksamaan kontraktor berkelayakan; dan mengekalkan kontraktor kecil yang memenuhi KPI yang ditetapkan.
  13. Program Bantuan Makanan Asas dengan peruntukan RM 3 juta bagi membantu golongan kurang berkemampuan kepada 5,000 keluarga termiskin di Negeri Selangor.
  14. Pengecualian cukai memberi implikasi kewangan kepada PBT sebanyak RM 41.7 juta – pengecualian cukai taksiran kepada 167,466 buah rumah kos rendah dan 52,781 rumah kampong. Pengecualian fi atau bayaran lesen kepada 67,804 pemegang lesen peniaga-peniaga kecil seperti, peniaga pasar malam, peniaga pasar tani, penjaja-penjaja dan seumpamanya.
  15. Yayasan Hijrah diberi peruntukan tambahan RM 31 juta untuk meluaskan program mikrokredit dengan mensasarkan golongan khusus seperti ibu tunggal, asnaf, pekerja ladang, belia dan golongan OKU.
  16. Projek perintis pusat sehenti bagi rawatan autisme “Pusat Didikan dan Terapi Smart Selangor” (atau “DIDIK Smart Selangor”) dengan kos RM 500,000.
  17. SRJK(T) Coalfields dibangunkan untuk kemudahan pendidikan anak-anak pekerja ladang menempatkan sekurang-kurangnya 500 pelajar.
  18. Peruntukan RM 1.5 juta untuk program pencegahan dan kawalan denggi.
  19. Peruntukan sebanyak RM 20.9 juta untuk membiayai pembayaran balik sukuk BaIDS bagi pembangunan UNISEL.

Strategi keempat : Memperkukuh kualiti pendidikan dan latihan

  1. Program Brain Bank dengan dana RM 5 juta dan Biasiswa Selangorku berjumlah RM 10 juta melalui Tabung Amanah. Dana Bantuan Sara Diri Anak Selangor dengan peruntukan berjumlah RM 2 juta sebagai bantuan awal kepada mahasiswa UNISEL dan KUIS.
  2. UNISEL akan mengiktiraf Sijil Unified Examination Certificate (UEC)
  3. Pembinaan 3 buah maahad tahfiz yang baru dengan kos RM 18 juta.
  4. Pembinaan dua buah Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi (MITS) di Ampang dan Bagan Lalang dengan kos RM 52 juta.
  5. Program Kemahiran Teknikal diperuntukkan RM 4 juta biasiswa di INPENS.
  6. Graduate Employability Enhancement Program dengan kos RM 1.5 juta untuk pelbagai kursus pendek bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan menghadapi dunia pekerjaan.

Strategi kelima : Membangun kapasiti wanita, generasi Y dan ekonomi kreatif

  1. Program perintis Selangor Homemaker Program, untuk wanita profesional memohon waktu bekerja secara anjal atau bekerja dari rumah.
  2. RM 3 juta untuk membangun kapasiti wanita menerusi program pembangunan dan pemberdayaan wanita di Pusat Wanita Berdaya Negeri Selangor (PWB).
  3. Program generasi muda di peringkat PBT dengan peruntukan RM 1.45 juta untuk Penggerak Belia Tempatan (PeBT).
  4. Peruntukan sejumlah RM 25.08 juta bagi program-program pembangunan generasi muda dan sukan.
  5. RM 23 juta untuk pembangunan Akademi Merah Kuning demi menggilap bakat pemain-pemain muda bolasepak Selangor.
  6. Pembangunan Art Gallery (galeri seni) dan Muzium Tekstil di Royal Klang Club untukmenarik pelancong berjumlah RM 45 juta termasuk membina Heritage Walk.
  7. Pembinaan Muzium Setem di Shah Alam bagi menyimpan dan mempamerkan koleksi setem yang mempunyai nilai sejarah dan warisan dengan kos RM 15 juta.

Elaun Guru KAFA dan Bonus Penjawat Awam

  1. Kenaikan elaun 6,900 guru-guru KAFA daripada RM 1,300 kepada RM 1,500 dengan implikasi kewangan sejumlah RM 18.71 juta. Termasuk 150 orang guru di KAFA Integrasi Negeri Selangor dinaikkan elaun daripada RM 800 kepada RM 1,500 dengan implikasi kewangan RM 1.41 juta.
  2. Kenaikan elaun Ketua Guru daripada RM100 kepada RM150 dan elaun Penolong Kanan Akademik dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sebanyak RM 80 dengan implikasi kewangan sebanyak RM 819,579.60.
  3. Pemberian bonus satu bulan setengah gaji. Pembayaran bonus sebulan gaji telah dibuat pada bulan Mei tahun ini. Pembayaran bonus selebihnya akan dibuat pada 17 Disember 2015 untuk persekolahan anak-anak. Pembayaran bonus memberi implikasi kewangan sebanyak RM 44.1 juta.