Interpol Malaysia Tidak Dapat Kesan Jho Low

53
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Interpol Malaysia tidak dapat mengesan jutawan kelahiran Pulau Pinang, Low Taek Jho, yang lebih dikenali sebagai Jho Low, dan empat lagi individu penting bagi siasatan terhadap 1MDB, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Pihak Interpol Polis Diraja Malaysia tidak dapat mengesan dan menentukan di mana penama-penama berkenaan berada ketika ini memandangkan tiada siasatan yang dibuat oleh pihak berkuasa terhadap mereka di samping tiada permohonan yang diterima daripada mana-mana pihak untuk meminta bantuan Interpol mengesan penama-penama berkenaan,” kata Zahid.

Beliau yang juga menteri dalam negeri menyatakan demikian dalam jawapan bertulis semalam sebagai menjawab pertanyaan Wong Chen (PKR-Kelana Jaya) yang bertanya di manakah kelima mereka.

Empat yang lain ialah pengarah urusan bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd Nik Faisal Ariff Kamil; pengurus Deutsche Bank Yusof Annuar Yaacob; Casey Tang dari firma pendahulu 1MDB, Lembaga Pelabuan Terengganu (TIA) dan bekas pengarah eksekutif UBG, Jasmine Loo. – MK

SHARE
Previous article‘Tiada Manfaatnya Pakatan Harapan Konfrontasi Dengan PAS’ – Rafizi
Next articleAS ‘Tutup Pintu’ Untuk Pelarian Syria