Integriti Penting Jayakan Transformasi

88
0
SHARE

Oleh : Fadhil Daud

PUTRAJAYA: Yang Berhormat Dato’ Sri Rohani Abdul Karim hari ini merasmikan program ‘Saya Pilih Integriti’ serta pelancaran Dasar Perlindungan Pemberi Maklumat (Whistleblower Protection Policy) bersama cogan katanya’Integriti Dan Maruah Berpisah Tiada.’

Menurut Rohani, Pemilihan cogan kata ‘Integriti Dan Maruah Berpisah Tiada’ pada tahun ini sememangnya relevan dengan usaha penjawat awam di Kementerian dan agensi ini dalam melaksanakan pelan transformasi serta merealisasikan ‘Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat’di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11).

“Ianya berkait rapat dengan hasrat kementerian untuk memastikan seluruh kumpulan sasar dan warga Kementerian dan agensi di bawahnya dapat merasai Pelan Transformasi Kementerian serta RMK-11 berlandaskan keadilan sosial yang jitu.”

“Tidak ada maknanya jika memperoleh kejayaan sesuatu proses transformasi, sedangkan elemen-elemen baik yang membenih dan menyuburkan nilai integriti  tidak digarap bersama dalam proses transformasi tersebut”, katanya

Beliau juga mengingatkan bahawa khidmat yang diberi hendaklah mencerminkan kesungguhan seperti memberi  yang terbaik kepada keluarga sendiri.

“Janganlah ada budaya dan mentaliti ‘silo’di mana kita melihat kepentingan terhad kepada bahagian, unit dan jabatan sahaja.”

Beliau yang berucap di Dewan Perdana Nur di Kementerian Pembanggunan Wanita, keluarga dan Masyarakat di Putrajaya.