‘Ingat Kami Apabila Anda Hidap Kanser’ – KP Kesihatan

59
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu para penghisap vape supaya memikirkan usaha Kementerian Kesihatan untuk menghentikan amalan itu sekiranya suatu hari nanti mereka menghidap kanser.

Beliau berkata demikian ketika bertukar-tukar pandangan dengan pengkritik di laman Facebook, selepas mencatatkan pengumuman bahawa cecair vape yang mengandungi nikotin hanya boleh diberi oleh ahli farmasi.

“Satu peringatan, moga Allah menjauhkannya tetapi jika kemudiannya dimasukkan ke hospital kerana penyakit paru-paru kronik atau kanser sila ingat perbualan dan perbincangan yang panjang kita hari ini.

“Malah, ia bukan satu persoalan mengenai ‘jika’ tetapi persoalan ‘bila’ dan masa akan menentukan,” katanya.

Para pengkritik mempersoalkan mengapa kementerian mensasarkan cecair vape dan bukannya rokok yang juga mengandungi nikotin tetapi dijual secara terbuka.

Para pengkritik berhujah bahawa nikotin bukanlah satu-satunya unsur yang menyebabkan kanser di kalangan perokok. – MK