Imam Masjid Negara Ditampar

3801
0
SHARE

Oleh: Shaiful Nizam

KUALA LUMPUR: Solat Jumaat yang tenang dan aman sebagaimana kebiasaan bertukar kecoh apabila seorang lelaki berbangsa India dari Kashmir telah bertindak meluru ke arah imam dan menampar Imam III Masjid Negara, Mohd Zuhairee Mohd Yatim, ketika beliau sedang mengimamkan solat Jumaat tengahari tadi.

Suspek yang meluru ke arah imam dan menjerkah “iblis” kemudian bertindak merampas pembesar suara dan menjerit “kamu pergi balik” berulang kali dalam bahasa Inggeris.

imambesarBerdasarkan rakaman CCTV Masjid Negara yang diperolehi MySuara, suspek yang tiba-tiba muncul menyelip dari saf belakang ke saf hadapan sebelum merampas kedudukan imam dan cuba mengambil alih Solat Jumaat tersebut.

Suspek kemudian berjaya diberkas oleh makmum dan solat Jumaat terpaksa diulang semula.