Ibrahim Ali Gembira Disamakan Dengan Donald Trump

147
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Datuk Ibrahim Ali gembira Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed menyamakannya dengan calon presiden Amerika Syarikat mewakili Republikan, Donald Trump.

Pengiktirafan itu sesuatu yang tidak diduga sama sekali.

“Ini juga membantu meningkatkan nama negara Malaysia menjadi lebih terkenal. Saya sungguh-sungguh teruja dan memang saya kagum dengan Donald Trump kerana Donald Trump bukan manusia hipokrit,” kata Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) itu menerusi satu kenyataan.

Jazlan menyamakan Ibrahim Ali dengan Donald Trump di satu majlis pelancaran zamalah perpaduan belia Institut bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), hari ini.

Jazlan melahirkan rasa terkejut seorang rasis dan kurang cerdik seperti Donald terpilih mendahului penamaan calon presiden mewakili Republikan.

“Donald Trump juga tidak pernah cakap depan lain dan belakang lain,” jawab Ibrahim; “Dia tidak malu memperkata sesuatu apa yang dia fikir betul. Tidak berpura-pura dan tidak pembohong.”

Ibrahim sempat berseloroh dengan menggelarkan Donald Trump: Ibrahim Ali of America.

“Ertinya Donald Trump adalah tokoh tidak hipokrit dan saya – Ibrahim Ali – sudah lama mengguna moto perjuangan anti-hipokrit. Saya baru edar pelekat ‘reject hypocrite’,” katanya.