Husam Sokong Tun M Bertanding PRU14

15
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Kelantan, Datuk Husam Musa menyokong bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

‎”Saya mengalu-alukan sekiranya Tun (Mahathir) bertanding, saya dah awal lagi cadangkan Tun kena bertanding.

“Mana-mana (kerusi) pun Tun boleh bertanding, Langkawi tak apa, Putrajaya pun tak apa. Kita bagi kebebasan pada beliau untuk bertanding di mana-mana tempat,” katanya kepada Malaysiakini selepas Dialog HARAPAN di Bachok, malam tadi.

Sebelum ini Mahathir‎ yang juga pengerusi HARAPAN dalam satu temuramah eksklusif bersama Malaysiakini menyatakan kesediaan beliau menjadi calon sekiranya dipersetujui gabungan itu.

Beliau yang juga pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) memilih dua kerusi parlimen yang mungkin menjadi pilihannya iaitu Langkawi atau Putrajaya.

“Saya dah tua, saya tak mau bertanding lagi, tapi kalau terdesak sangat, kalau semua parti bersetuju, saya bertandinglah.

“Tapi kalau ada parti dalam HARAPAN yang tak bersetuju, saya tak akan bertandinglah,” kata Mahathir.

Husam berkata, penyertaan Mahathir sebagai calon PRU14 bakal memberi tamparan besar kepada kerajaan yang kini dipimpin Datuk Seri Najib Razak.

“Kalau Tun bertanding saya yakin beliau akan menang.

“Jadi bayangkan Tun masuk parlimen sebagai ahli parlimen pada usia 92 tahun dan ini akan memberikan satu goncangan kepada apa saja strategi Najib,” jelasnya yang juga anggota dewan undangan negeri (ADUN) Salor.

SHARE
Previous article“Saya Tak Akan Maafkan Mereka” – Ibu Pelajar Tahfiz
Next articleMat Taib Kembali Ke UMNO