Hudud: Mahkamah Tinggi Tolak Bantahan Awal Presiden PAS

107
0
SHARE
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menolak bantahan awal dikemukakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan empat yang lain untuk membatalkan saman berhubung pembentangan Rang Undang-Undang Persendirian bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan di Kelantan.
Hakim Datuk Asmabi Mohamad membuat keputusan itu dalam kamar beliau sebentar tadi. Peguam Farez Jinnah yang mewakili empat plaintif ketika ditemui berkata hakim membuat keputusan itu selepas mendapati tiada material mencukupi yang dikemukakan di mahkamah berhubung permohonan bantahan awal itu.
Asmabi kemudian menetapkan pada 13 Oktober ini untuk mendengar permohonan Abdul Hadi untuk membatalkan saman berkenaan. Pada Jun lalu, empat individu iaitu Mansoor Saat, Azira Aziz, Hasbeemaputra Abu Bakar dan Hazwany Jamaludin memfailkan saman pemula bagi mencabar pembentangan Rang undang-undang bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.
Mereka menamakan Abdul Hadi, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, dua timbalan, Datuk Ismail Mohamed Said dan Datuk Seri Ronald Koandee serta Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Rosmee Hamzah sebagai defendan.
SHARE
Previous articleNajib, Isteri Tiba Ke Tanah Air
Next articleHasutan: Rahim Thamby Chik Mengaku Tidak Bersalah