Hasutan: Rahim Thamby Chik Mengaku Tidak Bersalah

82
0
SHARE

SHAH ALAM: Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan menerbitkan kenyataan berbaur hasutan terhadap Raja Muda Selangor.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 4 (1) (C) Akta Hasutan 1948.

Bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri turut tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.