Hari Pertama Kongres, Medan Lepas Geram Kepada UMNO

716
0
SHARE

Oleh: Danish Fakhrullah

Foto: Shaiful Nizam

SHAH ALAM: Saban tahun Kongress Tahunan PKR diadakan, pasti tajuk utama adalah mencari kelemahan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Pada kongres kali ke-11tahun ini topik ‘utama’ itu masih hangat dilontarkan di atas pentas terutama isu skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang derma kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang berjumlah RM2.6 bilion.

Dari awal ucapan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sehingglah ke perwakilan yang membahas, ia menjadi platform untuk melepaskan ‘geram’ kepada UMNO dan BN.

Pada hari pertama hari ini, Dewan Ideal Convention Centre (IDCC) dipenuhi dengan ketidakpuasan hati mereka sahaja.

Plakad ‘Mana RM2.6 bilion’ turut diangkat di dalam dewan tanda protes kepada kempimpinan Datuk Seri Najib Tun  Razak.

Kongres berkenaan berakhir jam 5 lebih dan bersambung esok.