Harga Minyak Naik 10 Sen Pada Oktober

79
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Harga keseluruhan bahan api naik sebanyak 10 sen per liter bagi bulan Oktober.

Menurut sumber, harga untuk RON95 dan petrol RON97 yang telah ditetapkan pada RM2.05 dan RM2.45 seliter, naik 10 sen dari harga yang ditetapkan pada bulan September.

Harga diesel biasa juga naik 10 sen kepada RM1.90 seliter, manakala diesel Euro 5 kini berharga RM2 seliter.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memilih untuk menetapkan harga petrol dan diesel melalui apungan terurus sejak 1 Disember tahun lalu.