Harga Minyak Mentah AS Terus Menurun

170
0
SHARE

SINGAPURA: Harga minyak mentah Amerika Syarikat (AS) menurun dalam dagangan awal Asia berikutan simpanan minyak kini mencecah rekod paras tertinggi. Menurut Goldman Sachs, harganya akan kekal rendah dan tidak menentu sehingga separuh kedua tahun ini.

Minyak mentah AS, West Texas Intermediate (WTI) diniagakan pada AS$27.37 setong, jatuh lapan sen berbanding penutup sebelumnya, dan lebih 20 peratus lebih rendah berbanding paras tertinggi yang dicapai dalam rali akhir Januari.

Inventori di Cushing, Oklahoma bagi penghantaran minyak mentah AS yang sebelum ini mencatatkan peningkatan kini hanya merekodkan 65 juta tong, menurut data daripada Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) kerajaan pada Rabu.

Lebihan bekalan minyak itu, turut didorong ekonomi perlahan di China, sekali gus mengukuhkan harga akan kekal rendah sehingga separuh kedua tahun ini, kata Goldman Sachs dalam satu kenyataan.

“Risiko kebimbangan pertumbuhan ekonomi di China dan penurunan harga minyak…satu kenyataan lebih cepat daripada apa yang kita jangkakan,” kata bank berkenaan. “Kami menjangkakan harga minyak turun naik antara AS$20 setong (paras tekanan operasi) dan AS$40 setong (paras tekanan kewangan) dengan situasi turun naik dan tiada trend harga sehingga 2H2016,” katanya.

Harga minyak jatuh hampir 75 peratus sejak pertengahan tahun 2014 berikutan negara pengeluar mengepam minyak antara satu hingga dua juta tong minyak mentah sehari, melebihi daripada permintaan. Memburukkan lagi keadaan, ekonomi China juga menunjukkan pertumbuhan pada kadar rendah.

SHARE
Previous articleKrisis Dalaman Politik Punca Utama Masalah Negara – Muhyiddin
Next articleAhmad Bashah Dilantik Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah