Harga Minyak Dunia Jatuh

16
0
SHARE

SINGAPURA: Harga minyak jatuh hari ini berikutan peningkatan aktiviti penggalian minyak di Amerika Syarikat (AS).

Ia sekali gus mengimbangi rundingan pengurangan pengeluaran diterajui Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) yang akan berakhir pertengahan tahun ini akan dilanjutkan.

Harga bagi kontrak semasa Brent, yang menjadi penanda aras antarabangsa bagi minyak, jatuh tujuh cents berbanding paras penutup terakhirnya kepada AS$50.73 setong pada 0145 GMT.

Di AS, kontrak niaga hadapan West Texas Intermediate (WTI) jatuh 14 cents kepada AS$47.83 setong.

Peniaga berkata, harga komoditi itu mendapat sokongan rundingan antara OPEC dan pengeluar minyak lain, termasuk Russia yang bercadang melanjutkan pengurangan pengeluaran melangkaui pertengahan tahun ini bagi meningkatkan pasaran.

“OPEC dan bukan OPEC mengumumkan mereka mengkaji semula sama ada untuk melanjutkan pengurangan pengeluaran,” kata Penganalisis Kanan Pasaran OANDA yang berpangkalan di Singapura, Jeffrey Halley.

Beliau berkata, berita itu juga menyokong harga minyak. Namun begitu, pengurangan pengeluaran yang diterajui OPEC diimbangi oleh aktiviti penggalian dan pengeluaran minyak di AS.

Ia disifatkan peniaga menyumbang kepada peniaga kewangan mengurangkan pegangan mereka dalam niaga hadapan minyak mentah ke paras rendah sejak awal Disember.

“Jumlah pelantar minyak AS terus meningkat. Sejak 27 Mei 2016, pengeluar menambah 336 pelantar minyak (+106 peratus) di AS,” kata Goldman Sachs dalam nota kepada pelanggannya. – Reuters

SHARE
Previous article3 Lagi Mangsa Culik Abu Sayyaf Diselamatkan
Next articleKerajaan Tanggung Rawatan, Kebajikan Mangsa Culik – Najib