Hanya Sultan Johor Dan Saya Tahu Keseluruhan Cerita – TMJ

547
0
SHARE

PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Brigadier Jeneral Tuanku Ismail Ibni Sultan Ibrahim bertitah supaya semua pihak tidak membuat spekulasi berkenaan hubungan ayahanda baginda dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Titahnya, sama ada hubungan itu baik atau tidak, hanya baginda dan ayahanda baginda, Sultan Johor, sahaja yang tahu keseluruhan cerita tentang perkara itu.

Baginda mengulas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi yang berkata, tiada masalah antara Sultan Johor dengan Perdana Menteri.

“Ini adalah pendapat saya bahawa seseorang tidak perlu membuat kenyataan tanpa menyedari cerita yang sebenar.

“Jangan membuat spekulasi berkenaan DYMM Tuanku ada masalah dengan Perdana Menteri atau tidak, kerana hanya DYMM Sultan dan saya sahaja yang tahu keseluruhan cerita tentang perkara tersebut.

“Oleh itu, buat masa ini, hanya kita perlu tahu dan tidak ada sebab untuk ia didedahkan kepada umum,” tulis baginda di akaun Facebook Johor Southern Tigers.

Sebelum ini, bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin mempersoalkan kenyataan Puad itu.

Menerusi blognya, Zainuddin berkata, rakyat hanya percaya (hubungan Istana Johor dan Najib tiada masalah) jika kenyataan itu dibuat jurucakap rasmi Istana Johor.

SHARE
Previous articlePAS Gerak 60,000 Ahli Untuk Tunjuk Solidariti
Next articleZahid Sahkan Muhyiddin Tidak Terlibat Komplot Guling Kerajaan