Hanya Seorang Cedera Dalam Kemalangan Lumba Haram Di Kesas

491
0
SHARE

SHAH ALAM: Hanya seorang cedera dalam kejadian kemalangan yang membabitkan beberapa buah motosikal yang sedang berlumba di Lebuhraya Shah Alam (Kesas) pada awal Selasa.

Video mengenainya tersebar luas di laman sosial.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat dalam kenyataannya berkata dalam kejadian pada pukul 5.15 pagi itu, satu dari beberapa buah motosikal yang dipercayai sedang berlumba di lebuh raya itu telah melanggar belakang sebuah Proton Exora yang sedang dalam perjalanan dari Klang ke Kuala Lumpur.

“Pelanggaran itu turut menyebabkan beberapa lagi penunggang motosikal yang berlumba bersamanya terlibat dan mangsa yang cedera kemudiannya dibawa ke hospital oleh rakannya yang hadir melihat perlumbaan berkenaan,” katanya.

Sementara itu, laporan polis telah dibuat oleh pemandu Proton Exora berkenaan dan kes sedang disiasat.