Hadi Harap Melayu Tidak Jadi Seperti Arab

160
0
SHARE

Oleh: Khizairi Khizan

KUALA LUMPUR: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan peperangan yang berlaku di negara-negara Arab  sesama bangsa mereka sendiri boleh menjadi contoh kepada masyarakat Islam di Malaysia terutama kaum Melayu agar kejadian itu dapat dihindarkan di negara ini.

“Kita lihat di negara Arab, sunni bergaduh dengan sunni, syiah bergaduh dengan syiah…saya harap Melayu tidak seperti itu,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini, hari ini.

Hadi berkata lagi, Islam adalah agama yang penuh dengan tolenrasi dan menerima pendapat.

Oleh itu kata beliau, walaupun berbeza idealogi politik namun demi Islam beliau sedia duduk berbincang demi  kebaikkan umat dengan seteru politiknya.

Selain itu Hadi turut menegaskan bahawa negara ini tidak perlu penasihat dari barat.

“Kita tidak perlu pakar-pakar dari barat untuk mengajar dan nasihat kita kerana kita ada pakar-pakar sendiri yang boleh membantu kita,” katanya lagi.