Hadi Awang Tidak Alami Masalah Kesihatan Serius

101
0
SHARE

Setiausaha Politik Presiden Pas, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Abdul Hadi disahkan berada di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur sejak beberapa hari lalu untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan rutin.

“Alhamdulillah, hasil pemeriksaan rutin Abdul Hadi menunjukkan bahawa tiada masalah besar yang dialami oleh beliau.

“Beliau juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada para ahli Pas, penyokong, pimpinan dan rakyat yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan beliau,” katanya dalam satu kenyataan.

Kelmarin, Abdul Hadi dikunjungi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang secara kebetulan berada di hospital berdekatan.

Menurutnya lagi, Abdul Hadi juga dinasihatkan oleh pakar perubatan supaya berehat dan mengurangkan kunjungan tetamu yang melawatnya di IJN.

SHARE
Previous articleAda Ahli DAP Tidak Senang Ramai Melayu Masuk DAP
Next articleLetupan Jakarta: Sekurang-kurangnya 4 Maut – Polis