Guan Eng Bawa Media Lawat Banglo

82
0
SHARE

GEORGETOWN: Ketua Menteri, Lim Guan Eng, membawa wakil media melawat banglo berharga RM2.8 juta miliknya di Jalan Pinhorn pagi ini.

Banglo dua tingkat itu dibeli Setiausaha Agung DAP itu pada Julai tahun lalu, melalui pinjaman bank RM2.1 juta dan wang tunai RM700,000.

Seramai 30 wakil media tempatan dibawa melihat ruang tamu, ruang makan dan dapurnya, namun tidak dibenarkan naik ke tingkat atas banglo berkenaan.