GPMS Bantah Pulau Pinang Jadi Bandar Kristian

23
0
SHARE
Oleh: Iqbal Jalali
KUALA LUMPUR: Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) hari ini mengecam sekeras-kerasnya pandangan Senator DAP Pulau Pinang, Dr Ariffin Omar yang beranggapan tidak menjadi satu kesalahan untuk pulau mutiara itu menjadi bandar Kristian sebagaimana dilaporkan oleh sebuah media dalam talian.
Presidennya, Zambri Mohd Isa dalam satu kenyataan media menyifatkan pandangan tersebut bertentangan dengan Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan iaitu Islam sebagai agama persekutuan dan Artikel 11 yang melarang penyebaran agama-agama lain kepada umat Islam.
“GPMS sangat kecewa dan terkejut dengan kenyatan yang dikeluarkan oleh YB Senator Dr Ariffin Omar. Bagi GPMS, beliau adalah tali barut DAP dan agen DAP di kalangan Melayu Islam dalam mempromosi agenda ‘Evengelism Kristian’ di Malaysia,” jelasnya yang juga anak kelahiran Balik Pulau.
Tambahnya lagi, kenyataan dangkal tersebut membuktikan bahawa parti DAP bukan sekadar  sebuah gerakan politik semata-mata sebaliknya pemimpin mereka menunjukka sokongan kepada agenda Evangelism Kristian terutamanya dalam usaha menjadikan negeri itu sebagai pusat kegiatannya dan ini akan membahayakan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan.
“Gerakan mereka ini boleh mewujudkan kacau bilau dan merosakkan keharmonian negara yang pastinya nagara akan menuju sebuah kehancuran seandainya tidak dibendung dan dicegah dari awal,” ujarnya lagi.
“Sekiranya pihak kerajaan mampu membendung ajaran sesat di kalangan orang Islam, maka tidak mustahil kerajaan juga mampu membendung gerakan dakyah Envagilisme Kristian. Kita khuatir  nanti apabila kerajaan berdiam diri dan membiarkan perkara ini berlaku berleluasa, ianya akan menimbulkan ketidaksenangan rakyat yang akhirnya mengambil tindakan di luar batas undang-undang.”