GHB Tubuh Amanah

312
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Gerakan Harapan Baru (GHB) mengumumkan penubuhan sebuah parti politik baharu dikenali sebagai “Parti Pekerja”.

Pengerusi GHB merangkap Presiden Parti Pekerja, Mohamad Sabu bagaimanapun berkata, nama berkenaan akan ditukar kepada nama ‘Parti Amanah Negara’.

Katanya, nama baharu dan Perlembagaan parti yang diterajuinya itu akan dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) dalam masa terdekat.

“Pelancaran parti ini akan dibuat pada tanggal keramat 16 September ini,” katanya pada sidang media di sini, Isnin.