GHB Sedia Tanding Pilihan Raya Sarawak – Khalid Samad

214
0
SHARE

SHAH ALAM: Gerakan Harapan Baru (GHB) sedia bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) Sarawak tahun depan selepas tertubuhnya parti baharu dalam masa terdekat dan membentuk Pakatan Rakyat 2.0 bersama DAP dan PKR, kata Khalid Samad.

“Pilihan raya negeri Sarawak kita buat keputusan akan bertanding,” kata ahli Parlimen Shah Alam itu pada sidang media di pejabatnya di Shah Alam, Selangor hari ini.

Khalid bagaimanapun berkata, buat masa ini calon dan agihan kerusi belum dibincangkan kerana mahu bina kekuatan organisasi terlebih dahulu.

“Sekarang ini tak nak sebut calon dan agihan kerusi kerana apa yang penting nak bina kekuatan.

“Sekarang ni pembangkang lemah kerana perpecahan oleh Umno tetapi pada masa sama Umno pun sedang lemah.

“Untuk tempoh setahun dua ini kita akan bina kekuatan. Bila tiba masa nak dekat pilihan raya baru kita lihat keadaan dan keputusan apa yang kita nak lakukan,” katanya.

SHARE
Previous articlePutrajaya Harus Segera Tangani Kejatuhan Ringgit – Sultan Johor
Next article“Buat Aktiviti Berfaedah Daripada Sertai Bersih 4.0” – Ahmad Maslan