Gempa Afghanistan: Jumlah Kematian Meningkat Kepada 280

51
0
SHARE

ISLAMABAD: Jumlah kematian akibat gempa bumi kuat berukuran 7.5 skala Ritcher yang berpusat di pergunungan Kush, Afghanistan pada Isnin meningkat kepada 280 orang.

Gegaran kuat itu bukan sahaja dialami Afghanistan tetapi turut dirasai penduduk di utara Pakistan.

Dalam kejadian gempa bumi terkuat di kedua-dua negara itu setakat ini, seramai 12 pelajar perempuan antara yang terbunuh apabila dihempap dinding bangunan sekolah mereka ketika cuba menyelamatkan diri.

Jumlah terbesar kematian setakat ini direkodkan di Pakistan, dengan seramai 214 orang disahkan terkorban mnakala lebih 1,800 lagi cedera.

“Banyak rumah dan bangunan di bandar ini runtuh,” kata Gabenor Peshawar Arbab Muhammad Asim.

Selain jumlah kematian dijangka meningkat apabila dilaporkan terdapat lebih ramai mangsa yang masih terperangkap.