Gambar Bersama Jacel Kiram Masih Dipertahankan

195
0
SHARE

Oleh: Shaiful Nizam

SHAH ALAM: Kongres Nasional PKR masuk hari ketiga masih mengulas isu gambar dua Naib Presiden parti itu dengan anak ketua kumpulan penceroboh Sabah, Jamalul Kiram III, Jacel H Kiram.

Sebelum itu, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut mempertahankan anaknya dengan menunjukan bahawa penjualan tenaga bebas (IPP) sebagai pengkhianat negara yang sebenar dan beberapa pemimpin daripada Sabah dan Sarawak dalam ucapan pergulungan turut menyifatkan insiden berkenaan bukan menjadi satu isu besar di sana.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang bermula lembut selepas terpaksa menyatakan rasa kesal berhubung gambar tersebut awal bulan lalu.

“Saya terpaksa akur dengan DUN Sabah. Tapi kasih sayang saya pada Sabah tak berubah,” jelasnya semasa ucapan penggulungan di Kongres Nasional PKR Ke-11.

Beliau kemudian bertukar nada lebih garang, “Kita akan buktikan siapa pengkhianat. Bukalah pekung dan tunjukan wajah sebenar!”

Sementara itu, seorang lagi Naib Presiden, Tian Chua meminta maaf kepada rakyat Sabah di atas insiden tersebut.

“Jadi saya ingin meminta maaf kepada orang Sabah kerana tidak dapat bersama-sama dengan anda semua untuk menjatuhkan Umno-BN,” jelasnya sinikal.

DUN Sabah baru-baru ini telah meluluskan usul khas melarang Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Ahli Parlimen Batu itu dari memasuki Sabah.

Usul berkenan dibuat selepas kontroversi empat keping gambar mereka bersama Jacel yang dimuat naik di dalam akaun Facebook Jacel pada 9 November 2015.