Gaji Pegawai Khas Lebih Tinggi Dari Gaji PM – DAP

123
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Gaji beberapa orang penasihat khas, duta khas dan pengerusi majlis tindakan dipersoal kerana melebihi gaji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

DAP mendedahkan gaji yang diperoleh oleh Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil sebagai penasihat Pembangunan Keusahawanan Ikhtisas Wanita, Datuk Seri Noh Omar sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor dan Datuk Seri Samy Vellu sebagai Duta Khas Malaysia Ke India dan Asia Selatan adalah RM27,227.20, lebih tinggi daripada gaji Najib, iaitu RM22,826.65.

“Saya mahu tahu rasional kerajaan membayar gaji yang tinggi kepada mereka yang disebut berbanding dengan gaji perdana menteri,” soalnya dalam satu sidang media di Parlimen pada Rabu.

Selain itu, Liew Ching Tong juga memohon kerajaan mendedahkan jikalau Jabatan Perdana Menteri melanjutkan kontrak sementara beberapa duta dan pegawai khas.

“Kontrak Samy Vellu sehingga Disember 2014 sahaja. Adakah ia dilanjutkan?,” soalnya.

Turut dipersoal adalah kontrak bekas Presiden MCA, Tan Sri Ong Ka Ting dan juga Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing sebagai utusan khas kerajaan dilanjutkan memandangkan peruntukan untuk mereka masih tersenarai dalam bajet Jabatan Perdana Menteri.

Ong merupakan utusan khas perdana menteri ke China manakala Tiong utusan khas bertaraf menteri ke Asia Timur.

SHARE
Previous articleDemo ‘Sambut’ Obama Jumaat Ini
Next articleWarga Malaysia Dipenggal: Kerajaan Tunggu Pengesahan Filipina – Zahid