Francois Hollande Terima Sambutan Negara

10
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Presiden Perancis Francois Hollande yang tiba untuk lawatan negara dua hari ke Malaysia, diberi sambutan negara di Dataran Parlimen di sini, hari ini.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V menyambut ketibaan Hollande yang melakukan lawatan sulungnya ke negara ini, pada pukul 9.40 pagi.

Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalannya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta menteri-menteri Kabinet.

Upacara sambutan dimulakan dengan persembahan lagu kebangsaan kedua-dua negara oleh Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dari Kem Sungai Besi, disusuli dengan tembakan meriam sebanyak 21 das.

Hollande kemudian memeriksa kawalan kehormat terdiri empat pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat dari Batalion Pertama RAMD yang diketuai Mejar Muhammad Eqram Muhammad Rosly.