Faedah TPPA Melebihi Cabaran – Mustapa

67
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menegaskan bahawa Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akan memberikan lebih banyak faedah kepada orang ramai berbanding cabaran.

Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kerajaan telah menganalisis impak perjanjian berkenaan dan akan terus memberi penjelasan kepada semua lapisan masyarakat agar mereka memahami perjanjian itu sepenuhnya.

“Kementerian telah mengadakan pelbagai dialog khas di beberapa sesi di mana saya sendiri telah turun padang,”¬† kata beliau di dalam dialog khas di RTM bertajuk ‘Pencerahan TPPA’.

Mustapa menegaskan bahawa kerajaan tidak akan sama sekali mengambil keputusan tergesa-gesa.

“Dalam mengambil apa-apa keputusan, kerajaan akan mengambil kira kebaikan dan keburukan sesuatu dasar itu,” kata beliau.

Antara lain, kerajaan telah membuat dua analisis kos dan faedah melalui PwC Malaysia dan Institut Strategik dan Kajian Antarabangsa Malaysia.

“Walaupun kerajaan mengiktiraf terdapat kos yang akan ditanggung, tetapi manfaatnya melebihi kos.

“Tidak dinafikan terdapat beberapa cabaran perlu ditangani jika kita menyertai TPPA, tetapi kerajaan berpendapat secara keseluruhannya Malaysia mendapat manfaat daripada penyertaan ini,” katanya.

Menurutnya, jika Malaysia memutuskan untuk menjadi anggota TPPA, kemasukannya hanya dijangka pada awal 2018.

Negara TPPA, iaitu Australia, Amerika Syarikat, New Zealand, Kanada, Mexico, Peru, Chile, Brunei, Singapura, Jepun, Vietnam dan Malaysia menyumbang hampir 40 peratus keluaran dalam negara kasar dunia serta satu pertiga perdagangan global.

SHARE
Previous articlePerangi Penyakit Darjah Kebesaran Syok Sendiri
Next articleMITI Sanggah Tun M, Nafi Malaysia Muflis Jika Keluar TPPA