Facebook Henti Sokongan Kepada Peranti BlackBerry

48
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Peranti BlackBerry mungkin popular beberapa tahun lepas.

Namun, dengan jumlah pengguna yang kini memilih peranti Apple atau Android, jumlah pengguna BlackBerry kian menurun.

Terkini, BlackBerry mengumumkan bahawa Facebook tidak lagi akan sokong peranti BlackBerry pada penghujung 2016.

Ini bermakna aplikasi milik media sosial popular itu tidak boleh digunakan dengan sistem operasi BlackBerry iaitu BBOS dan BlackBerry 10 yang digunakan untuk model baharu seperti Passport dan Classic.

Bulan lepas, aplikasi WhatsApp milik Facebook turut mengumumkan keputusan yang sama.

BlackBerry dalam satu kenyataan yang dikongsi di laman blog mereka ternyata kecewa dengan keputusan ini.

“Kita cuba bawa berbincang perkara ini bersama pihak WhatsApp dan Facebook untuk berubah fikiran mereka tetapi ketika ini, keputusan mereka muktamad.

“Dengan keputusan ini, kita masih berusaha agar pengguna kami mendapat pengalaman yang bagus dan kami sedang mencari alternatif yang lain,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Pada Februari, WhatsApp mengumumkan ia tidak akan sokong beberapa peranti termasuk BlackBerry.

Dalam satu kenyataan, WhatsApp berkata ia mahu fokus kepada peranti yang digunakan oleh ramai pengguna.

“Peranti (seperti BlackBerry) tidak memberikan keupayaan yang boleh membantu mengembangkan aplikasi ini pada masa hadapan,” kata WhatsApp.

Sementara itu, BlackBerry turut mulakan kempen media sosial, menggunakan hashtag #ILoveBB10Apps.

Beberapa netizen meluahkan pendapat mereka tentang keputusan Facebook.