Engku Naimah Angkat Sumpah Senator

50
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi Penerangan Wanita UMNO Terengganu, Engku Naimah Engku Taib, 57, mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara yang baharu di sini hari ini.

Upacara angkat sumpah itu dilakukan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang di Bangunan Parlimen di sini hari ini. Bekas guru besar itu adalah lulusan Ijazah Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua) daripada Universiti Putra Malaysia dan berasal dari Kampung Raja, Besut, Terengganu.

Ketika ditemui pemberita, Engku Naimah, yang melahirkan rasa terima kasihnya atas pelantikan itu berkata sebagai bekas pendidik beliau akan membangkitkan isu-isu mengenai pendidikan dan juga wanita.