Elak Label ‘Pendatang’ Kepada Kaum India – Najib

100
0
SHARE
KULIM: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu menggesa pihak-pihak tertentu jangan melabelkan masyarakat India yang telah banyak menyumbang kepada negara ini sebagai ‘pendatang’.

“Janganlah gelar mereka pendatang. Jika kita gelar pendatang kita tidak anggap saudara kita itu mempunyai kewarganegaraan, sedangkan mereka berhak,” kata Perdana Menteri.Katanya, semua pihak perlu mengelak daripada mengeluarkan kenyataan-kenyataan sensitif yang menjejas sensitiviti kaum di negara ini.

Beliau berkata, jika semua pihak memelihara sensitiviti kaum, Malaysia mampu muncul sebagai negara “Sinar Harapan” dalam kalangan negara membangun.

“Kita perlu menjaga perasaan masyarakat pelbagai kaum di negara ini, jangan sebut perkataan yang sensitif kepada mereka hanya kerana ingin menyakiti (hati) mereka.

Perdana Menteri menegaskan demikian ketika menghadiri Rumah Terbuka Hari Deepavali 2015 di Dataran Kulim di sini malam Rabu.

Hadir sama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam.