Dua Wartawan Australia Ditahan Selepas Cuba Hampiri Najib

243
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Gara-gara tidak mengikut arahan polis dalam majlis dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Sarawak, dua wartawan warga Australia dipercayai wartawan ditahan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisioner Dev Kumar berkata, dua warga Australia berkenaan melintasi garisan keselamatan dan secara agresif menghampiri Najib yang ketika itu sedang dalam lawatan rasmi ke Masjid Darul Ehsan di Kampung Haji Baki di Sentosa pada Sabtu.

“Kejadiaan berlaku pada kira-kira pukul 8.35 malam. Kedua-dua mereka ditahan kerana gagal mematuhi arahan polis untuk tidak melintasi garisan keselamatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurut laporan sebuah portal, kedua-dua orang wartawan itu bekerja untuk program hal ehwal semasa perdana mingguan Australian Broadcasting Corporation (ABC), Four Corners.

ABC dalam kenyataannya menyatakan kedua-dua wartawan itu, Linton Besser dan jurukamera Louis Eroglu cuba mendapatkan respon Najib mengenai ‘skandal rasuah’, merujuk kepada deposit RM2.6 bilion dalam akaun peribadi bank beliau pada 2013 yang kemudiannya dikatakan sumbangan politik peribadi dari ahli keluarga diraja Arab Saudi oleh kerajaan.

Kedua-dua mdibawa ke balai mereka dibawa oleh polis daerah Padawan untuk disoal saisat sebelum dibebaskan pada pagi ini.

Dev Kumar berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 196 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam melakukan tugas jawatannya.