Disebabkan GST, Kakitangan Awam Masih Ada Kerja – Najib

116
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengingatkan 1.6 juta kakitangan awam di negara ini bahawa mereka masih mengekalkan masing-masing kerana adanya Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

“GST bukan untuk menyusahkan rakyat, GST adalah penyelamat kepada rakyat Malaysia.

“Dengan keadaan harga minyak jatuh AS$30 setong, Malaysia masih mampu mengekalkan semua penjawat awam.

“Tidak ada seorang pun kita hentikan termasuk pegawai-pegawai lantikan kontrak,” katanya ketika menghadiri Hari Kastam Sedunia ke-34 yang disambut tepukan gemuruh para hadirin.

Negara kini mempunyai 1.6 juta kakitangan awam dan 10,000 kakitangan kontrak dalam pekerjaan.

Sambil mengulangi teorinya bahawa GST adalah penyelamat negara bagi menstabilkan ekonomi, Najib menegaskan bahawa kerajaan masih mampu melaksanakan pelbagai insentif untuk meringankan bebanan rakyat.

“Kita masih mampu meyediakan biasiswa, kita masih mampu laksanakan bantuan-bantuan seperti BR1M dan sebagainya.

“Keadaan ekonomi dan kewangan negara amat stabil ini salah satu faktor kerajaan melaksanakan GST,” katanya.