Dewan Rakyat Lulus Usul TPPA

117
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Usul mengenai Perjanjian Kerjasama Trans Pasifik diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.

Usul berkenaan diluluskan dengan majoriti 43 undi dalam proses undian secara blok, dengan 127 ahli parlimen BN menyokong dan 84 yang lain menolak.

Sepanjang tempoh sidang khas dua hari bermula semalam sekurang-kurangnya 30 ahli parlimen mengambil bahagian dalam perbahasan.

Dalam ucapan penggulungannya Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata TPPA tidak akan memberi kesan kepada majoriti sektor industri kecil dan sederhana (IKS).

“Secara keseluruhan 90 peratus IKS terlibat dalam bidang perkhidmatan seperti kedai runcit, salun rambut, servis kereta manakala tujuh peratus terlibat dalam sektor perkilangan, tiga peratus lagi dalam pertanian dan perlombongan.

“Kita tidak akan melihat seorang putih datang dari Washington (ke negara ini) semata-mata untuk membuka kedai gunting rambut,” katanya.

Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli menambah, TPPA mungkin mengancam industri perkilangan.

Namun beliau menegaskan kerajaan akan bertemu pihak IKS selepas ini.

SHARE
Previous articleSiapa Tak Puas Hati Boleh Mohon Tafsiran Mahkamah – Apandi Ali
Next articleNajib Umum Pengubahsuaian Bajet 2016 Tengah Hari Ini