Dewan Rakyat Bahas Isu Jerebu Petang Ini

47
0
SHARE
KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat pagi ini menerima usul persendirian dibawa oleh Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan) berhubung isu jerebu yang melanda negara.
Usul itu dipersetujui dan diterima untuk dibahaskan selama sejam bermula jam 4.30 petang ini dengan kedua-dua pihak, iaitu pembangkang dan kerajaan diberi peruntukan masa berbahas selama 30 minit.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, ketika memberi ulasan berkenaan usul itu berkata ia ditakrifkan sebagai Perkara Tertentu Di Bawah Peraturan Mesyuarat.
Katanya, usul itu juga ditakrifkan sebagai memberi kepentingan kepada masyarakat umum dan perlu disegerakan. Ketika ini, Dewan Rakyat menyambung perbahasan bacaan kali kedua Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (pindaan 2015).
Jerebu melanda Malaysia sejak bulan lalu, menjejaskan pelbagai sektor ekonomi dalam negara dan urusan harian rakyat dengan hari persekolahan turut ditangguh.
SHARE
Previous articleIsu 1MDB: Tindakan Tegas Akan Diambil Terhadap Pesalah – Najib
Next articleSultan Pun Berang Dengan Tun M – Nazri