Derma RM2.6 Bilion Kepada PM Bukan Dalam Bidang Kuasa Bank Negara – Zeti Aziz

396
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Menyiasat sumbangan derma RM2.6 bilion yang disalurkan dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bukan di bawah bidang kuasa Bank Negara Malaysia (BNM), kata Gabenor Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, ketika soalan timbul sama ada bank pusat itu mengesan pemindahan wang pada jumlah yang besar itu.

Zeti enggan terlibat di dalam perdebatan sama ada BNM mengesan atau dimaklumkan mengenai pemindahan wang itu, yang didakwa dibuat seorang penderma dari Timur Tengah.

“(Derma itu) tidak berada di bawah bidang kuasa kami. Bank pusat meneliti sebarang pelanggaran undang-undang yang di bawah bidang kuasa kami. Kami juga membantu agensi lain yang menyiasat pelanggaran undang-undang mereka.

“Tetapi kami tidak boleh mengambil tindakan terhadap mana-mana individu,” kata Zeti hari ini ketika ditanya pemberita sama ada BNM menyiasat sumber wang itu dan sama ada pemindahan itu sendiri mencetuskan amaran merah.

SHARE
Previous articlePAS Pusat Sedang Bina Kes Terhadap Anggota Sertai GHB – Mohd Amar
Next articleNajib Jumpa Presiden Parti Komponen BN Pagi Ini