Derma RM2.6 Bilion Kekang Pengaruh Ikhwan Muslimin, Lapor BBC

173
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Satu sumber Arab Saudi yang tidak dinamakan mengesahkan hari ini negara itu memberikan derma RM2.6 bilion kepada Datuk Seri Najib Razak, mengatakan ia untuk membantu perdana menteri memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan mengekang pengaruh Ikhwan Muslimin di Malaysia.

Sumber kuat yang tidak mahu dinamakan itu memberitahu BBC, derma itu diluluskan bekas Raja Arab Saudi, Raja Abdullah – daripada poketnya sendiri dan wang negara itu.

“Derma rahsia kepada Najib yang didakwa dipindahkan melalui transaksi bank di antara akhir Mac 2013 dan awal April 2013, tidak berapa lama menjelang pilihan raya pada 5 Mei,” menurut laporan BBC itu.

Menurut sumber Arab Saudi itu, derma itu diberikan disebabkan kebimbangan Riyadh berhubung pengaruh Ikhwan Muslimin di Malaysia, lapor BBC hari ini. – INSIDER