Demonstrasi Depan Parlimen Protes TPPA, GST

65
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Kira-kira 150 peserta demonstrasi berhimpun di hadapan bangunan Parlimen hari ini sebagai mempamerkan bantahan terhadap keputusan Putrajaya menyertai Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).

Perhimpunan anjuran Parti Sosialis Malaysia (PSM) itu turut membantah kenaikan kos hidup yang ditanggung rakyat, yang antara lain disebabkan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Kumpulan itu juga bertindak menghantar memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, pengerusi Majlis Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. – INSIDER