Debat Asri-Zamihan Tidak Perlu – Jamil Khir

118
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Debat antara Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin dengan Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA), Zamihan Mat Zin tidak perlu dilaksanakan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata dalam sebuah negara Islam perkara yang boleh menyebabkan permusuhan dan persengketaan sesama Islam perlu dielakkan.

“Prinsip Aqidah Ahli Sunnah Waljamaah menekankan nilai-nilai kesederhanaan (wasatiyyah) dan sentiasa berpandangan terbuka terhadap perkara-perkara furu’iyyah (isu penting namun bukan prinsip dan tidak mendasar) di dalam Islam serta mengelakkan permusuhan dan persengketaan sesama Islam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Jamil Khir berkata sekiranya ada keperluan mendesak untuk menembungkan pandangan yang berbeza, ia mestilah dijalankan dalam bentuk perbincangan tertutup.

“Malahan diskusi tersebut perlu diadakan dengan harmoni, mengambil kira pandangan-pandangan ulama’ sunni yang muktabar, elakkan tuduh-menuduh, mengekalkan semangat persaudaraan dalam Islam dan menyelesaikan pertikaian melalui kerangka ilmu menerusi diskusi tertutup itu sahaja,” katanya.

Terdahulu, Zamihan dan Asri setuju untuk berdebat secara tertutup pada 17 Feb ini di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya dan setiap pendebat boleh menjemput 50 peserta setiap seorang pada majlis tersebut.

SHARE
Previous articleAliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Lancar Pagi Ini
Next articleKedudukan Husam Dalam PAS Ditentukan Hari Ini