Datuk Siti Nurhaliza Tersenarai Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia

456
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin mengharumkan nama Malaysia apabila disenaraikan antara 500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia dalam keluaran terbaharu The Muslim 500: The World’s 500 Most Influential Muslims edisi tahun 2016.

Ia disiarkan di laman web www.themuslim500.com baru-baru ini.ct2

Senarai tahunan yang mula dibuat sejak tujuh tahun lalu itu menyenaraikan 500 daripada 1.7 bilion orang Islam paling berpengaruh di dunia dalam bidang masing-masing.

Selain Siti, seorang lagi selebriti dari Malaysia lain yang turut menjadi individu terbaharu dalam senarai kategori kesenian dan kebudayaan itu ialah komposer dan penyanyi, Hafiz Hamidun, lapor Kosmo.