DAP: Tiada Sebab Hasan Jadi Ketua PAC

108
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Keputusan ahli parlimen Rompin Datuk Hasan Arifin untuk tidak lagi mengadakan sidang akhbar selepas Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bermesyuarat meletakkan keupayaannya sebagai pengerusi baru dalam keraguan yang serius, kata DAP.

Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang berkata Hasan telah mempamerkan ketakutannya terhadap media dengan mengisytiharkan tiada lagi sidang akhbar.

“Di seluruh dunia, jawatankuasa kira-kira wang negara mengadakan mesyuarat secara terbuka, tetapi di Malaysia, PAC masih mengadakan mesyuarat tertutup dengan penuh rahsia.

“Sekarang kita mempunyai kita mempunyai pengerusi PAC yang begitu tidak suka kepada media sehingga beliau mengharamkan semua sidang akhbar PAC, “kata Lim dalam satu kenyataan.

Menurut Lim, Hasan juga memberikan konotasi yang agak curang dengan berkata PAC tidak akan menyiasat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung isu 1MDB.

Menurut Lim, keputusan Hasan itu dibuat tanapa merujuk atau berunding dengan anggota PAC yang lain.

“Ini hanya menimbulkan soalan sama ada ini adalah bagaimana cara beliau ‘cari makan’ sebagai pengerusi baru PAC, apabila semua orang tahu bahawa sebarang siasatan ke atas 1MDB tanpa memanggil Najib adalah sandiwara dan membuang masa,” katanya.

Hasan, kecewa dengan laporan media yang melaporkan gurauannya mengenai ‘cari makan’ mengumumkan semalam bahawa PAC tidak lagi akan mengadakan sidang akhbar bermula mesyuaratnya akan datang pada 23 November. – MK