DAP Sokong Mufti, Gesa UMNO-PAS ‘Nikah’

193
0
SHARE

SELAYANG: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini mencadangkan supaya PAS dan Umno “bernikah” memandangkan kedua-dua parti itu tidak mempunyai banyak perbezaan.

Lim berkata demikian sebagai mengulas saranan yang dibuat Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin supaya PAS lebih serius untuk bergabung dengan Umno

“Apa mufti cakap saya setuju. Walaupun (mufti) tak guna istilah nikah, saya yang guna, tapi macam dia cakap kopiah dan songkok tak ada beza, saya rasa nikah saja.

“Jangan pura-pura. Maka pilihan raya akan datang satu undi PAS sama dengan undi BN,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan pusat khidmat DAP DUN Taman Templer di Selayang. – MK