Damaikan Pemimpin Tertinggi – Yusoff Haniff

322
0
SHARE

Oleh: Saiful Nizam

KELANA JAYA: Usaha mana-mana pihak untuk menyingkirkan pemimpin yang berbeza pandangan dalam UMNO akan mengundang kemaslahatan yang lebih besar dalam parti menurut Ketua UMNO Kelana Jaya, Datuk Yusoff Haniff yang melahirkan kerisauan berikutan komentar terbuka menyerang balas pandangan-pandangan sedemikian.

“Sewajarnya dalam keadaan lemah kita semua mencari jalan bagi mendamaikan semua perbezaan di peringkat nasional, khususnya bagi menghadapi pilihanraya negeri sarawak dan pilihanraya umum akan datang,” jelasnya yang meminta agar parti tidak berpecah kepada dua kumpulan seperti pengalaman getir UMNO pada tahun 1987.

Tambahnya lagi, dalam keadaan UMNO kehilangan sokongan peringkat bawahan adalah wajar barisan baru yang ada tidak memberikan tekanan berlebihan kepada Timbalan Presiden kerana kehilangan sokongan 5 peratus sahaja bakal memberikan kesan negatif, khususnya di kalangan komuniti bandar dan golongan muda yang mengikuti perkembangan UMNO dengan lebih dekat melalui media sosial.

Pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin minggu lalu menurutnya jika tidak diatasi dengan cermat dan hemat akan meretakkan dan boleh memecah-belah perpaduan parti memandangan tokoh veteran daripada Selatan tanah air itu telah 44 tahun berjasa kepada UMNO.