Damai Najib, Muhyiddin: ‘Cium Mulut Lebih Baik Daripada Berpeluk ’ – Zahid

229
0
SHARE

Berita & Foto: Khizairi Khizan

KUALA LUMPUR: Permintaan perwakilan Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir yang mahu Presiden, Timbalan Presiden dan Naib-naib Presiden UMNO bersatu kembali dengan berpeluk diatas pentas mendapat reaksi Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

Kata Naib Presiden UMNO itu, permintaan perwakilan itu bagaimanapun perlu disesuaikan mengikut suasana pada hari tersebut.
“Kenapa berpeluk tu? Cium mulut lebih baik.

“Yang penting bukan tindakan fizikal sahaja tetapi keikhlasan hati dan pada saya tidak perlu ada kerela paksaan dalam perlakuan,” katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang turut bersama Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, tengah hari tadi.

Mengulas lanjut, Zahid berkata perkara itu pernah dilakukan ketika merasmikan beberapa bahagian.

Oleh itu, beliau faham hasrat perwakilan berkenaan yang meminta Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin berpeluk sebaik sahaja ucapan penggulungan dibuat sebagai tanda berdamai.

SHARE
Previous articleRespon Tawaran Najib: PAS Masih Setia Dengan PKR – Hadi
Next articlePemilihan Dan Pertukaran Presiden Harus Ikuti Proses Demokrasi