Dakwa Perguna Islam: Rayani Air Bidas Tuduhan Tun M

205
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Operasi Rayani Air, Kapten Sumar Lee Hisham Lee tampil menjawab tuduhan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sebuah portal mengenai syarikat penerbangan itu yang memperguna agama Islam bagi meraih keuntungan.

Menurutnya lagi, tindakan Rayani Air menampilkan ciri-ciri Islam menepati imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

“Itu pandangan peribadi Tun, dalam sesuatu perniagaan apa-apa pun memang nak untung, kalau tak mahu untung tak payahlah berniaga, tapi bila ada dakwaan kita guna nama Islam untuk kaut keuntungan, itu tak betul, kita hanya bawa ciri-ciri Islam dalam syarikat penerbangan ini,” ujarnya dalam temuramah bersama BNBBC.

Sumar turut memberi contoh model perniagaan busana Muslimah seperti Fareeda dan Naelofar yang tidak akan mencapai keuntungan jika bukan kerana ciri-ciri Islam yang ditampilkan.

Dia turut menyanggah dakwaan Rayani Air bermotifkan keuntungan semata-mata, sebaliknya turut menyediakan peluang pekerjaan terutamanya kepada orang Melayu.

Tambahnya, walaupun pemilik penerbangan itu berbangsa India, namun imej Islam yang diterapkan merupakan hasil idea empat orang kakitangan operasi termasuk dirinya.

“Pakai tudung buat kerja salahkah? Ia sopan, Islam wajib pakai tudung, itu antara ciri-ciri Islam yang kita masukkan, di Malaysia juga sekarang ni ciri keislaman menjadi satu tarikan dan ia adalah satu kebaikan.

Sumar menegaskan polisi wajib bertudung bukan ingin menunjukkan Rayani Air ‘lebih Islam’ namun sekadar memenuhi kehendak agama.

“Polisi yang kita buat disambut baik, bukan setakat pekerja menyambut baik, malah sekarang orang Malaysia semakin ramai memakai tudung,” ujar Sumar Lee. – AWANI